Jom bantu siapkan.......
[ Kompleks Rumah Wakaf Madinah ]
berhampiran Masjid Nabawi !
===========================================
MENGENAI KAMI
Rumah Waqaf Madinah dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah Selangor (PKDZS).
PKDZS adalah sebuah Organisasi Bukan Keuntungan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM 001-10-10042020).
===============================
Matlamat Pertubuhan
- Mengurus pajakan apartmen yang diwakafkan dengan memberi penginapan percuma khas kepada ahli pertubuhan dari Malaysia dan tetamu Allah yang lain.
- Membelanja dana sumbangan ahli-ahli bagi pengoperasian rumah wakaf untuk tujuan di atas.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan seperti memberi sumbangan kepada golongan asnaf, program iftar Ramadhan dan seumpamanya baik di Malaysia atau di Madinah.
=====================================
Ratusan tetamu Allah Yang Hadir di bumi Madinah tercinta ini.......
telah dibantu dengan penginapan PERCUMA
di Rumah Wakaf Madinah "
[ Antara Keluarga yang dapat manfaat Rumah Wakaf Madinah ]
[ Berbuka puasa dgn para pelajar Universiti Madinah ]
[ Infak Ramadhan & lawatan dari para pelajar Universiti Madinah ]
[ Infak Juadah Berbuka dengan penduduk setempat di Al Jumuah ]
====================================
Dulu kami hanya ada sebuah rumah....... untuk bantu tetamu Allah
yg datang ke Bumi Madinah.
InshaAllah kali ini, kami sedang mengusahakan sebuah
"Kompleks Rumah Wakaf Madinah" Yg lebih besar dan selesa .
Namun, Kami TERHENTI di fasa ubah suai rumah....
Kami perlukan dana untuk membaik pulih Kompleks Rumah Wakaf ini .
==================================
Bermula Syaaban ini, Kompleks Wakaf Malaysia Madinah akan dibuka dengan
dua apartmen (2 bilik, 1 bilik air, dan 1 ruang dapur) untuk kemudahan ahli-ahli menempah dan golongan asnaf menikmati dengan PERCUMA.
.
InshaAllah, kami akan terus berusaha mendapatkan tempat-tempat sewaan sekitar rumah wakaf
bagi memenuhi permintaan para tetamu Allah ke Madinah.
.
2 apartmen dijadikan rumah wakaf bagi keluarga atau golongan muslim
dan muslimah samada pelajar atau bujang menginap di situ.
.
*Bangunan ini terletak di daerah Al-Usayfirin kira-kira 1,700 m arah barat daya dari Masjid Nabawi.
========================================
KEADAAN TERKINI DI KOMPLEKS RUMAH WAKAF MADINAH
Sumbangan Yang Diperlukan
- Kos menyediakan peralatan perabot asas seperti katil, almari, meja makan, ruang tamu dan lain-lain adalah dianggarkan sebanyak SAR20,600 (RM27,750) untuk sebuah apartmen wakaf tersebut.
- RWM juga bercadang memiliki sebuah minivan 10-seater bagi kemudahan ke masjid, ziarah, mengangkut tetamu dari lapangan terbang atau stesen keretapi ke rumah wakaf. Kos pembelian minivan ini adalah sekitar SAR90,000 .
================================
Cadangan hiasan di ruangan dalam Rumah Wakaf
===============
Bagaimana cara untuk Tuan/Puan bantu?
Tuan/Puan boleh pilih Nilai (RM) pakej yang telah kami nyatakan dibawah. Atau boleh juga dengan cara manual transfer.
===========================
Bayangkan, Tuan/puan mempunyai saham(Derma) yang berada di Tanah Suci sekitar Masjid Nabawi.
Cuba bayangkan betapa ramai yang akan dapat manfaat nanti, dan berapa banyak pula
pahala yang Tuan/Puan akan dapat secara berpanjangan.
MasyaAllah..
===========================
Kemana Infaq Anda akan diSalurkan?
1. Pembelian perabot & Segala Kelengkapan Kompleks Wakaf
2. Segala Kos Pengurusan pihak Kompleks Wakaf Madinah
3. Pembelian Van (Sekiranya Dana mencukupi)
4. Kos baik pulih Kompleks Wakaf Madinah
:
"Sikit tanda ingat...... Banyak tanda Mampu"
Jom menyumbang